Mobile web | Maklum balas / Komen | Peta Laman | Bantuan / Pautan Sokongan
  English  | Malay
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemaskini Pada: 16 Apr 2014
Versi 5.0.3


piagam pelanggan

Piagam Pelanggan
Pencapaian Piagam Pelanggan

HUBUNGI KAMI

Pengarah

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Unit ICT),
Jabatan Ketua Menteri,
Tingkat 4, Wisma Bapa Malaysia,
93502 Petra Jaya, Kuching.

map marker [PETA LOKASI]

Waktu Pejabat
Isnin - Khamis
8:00 a.m. - 1:00 p.m.
2:00 p.m - 5:00 p.m

Friday
8:00 a.m. - 12:00 p.m.
2:15 p.m - 5:00 p.m

Phone Tel: +6082-441957
Fax Fax: +6082-449002
Mail Email: ictu@sarawaknet.gov.my


NEWSLETTER



Sekysen Harta Interlek Cetak Sekysen Harta Interlek

Seksyen Harta Intelek telah diamanahkan untuk bertindak sebagai badan operasi Majlis Teknologi dan Sumber Maklumat Negeri Sarawak (SITRC) untuk mengawasi, melindungi dan mengurus Harta Intelek (HI) negeri Sarawak selaras dengan perundangan Harta Intelek atau Undang-undang negara Malaysia dan Ordinan SITRC. Kerajaan negeri Sarawak telah memulakan inisiatif Pengurusan Harta Intelek negeri untuk membentuk sistem pengurusan Harta Intelek yang berkesan bagi negeri Sarawak dan berharap melalui mekanisma dan pemilikan harta intelek / hak harta intelek, kerajaan dapat melindungi dan menguruskan harta intelek / hak harta intelek negeri  dan memacu ekonomi, sosial dan lain-lain manfaat untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi.

Hala tuju Seksyen Harta Intelek

Untuk menubuh dan menyelenggara dan rangka kerja institusi Harta Intelek negeri  dan struktur operasi serta proses-proses untuk mengurus pemilikan dan hak-hak harta intelek.

Fungsi-fungsi Seksyen Harta Intelek

  • Untuk membangun dan melaksanakan rancangan-rancangan dan program-program untuk meningkatkan institusi Harta Intelek negeri dan rangka operasi
  • Untuk memberi nasihat kepada Majlis Teknologi dan Sumber Maklumat Negeri Sarawak (SITRC) dan Kerajaan Negeri berkenaan pembangunan di peringkat nasional dan antarabangsa mengenai isu-isu atau perkara-perkara berkaitan Harta Intelek
  • Untuk merumus perundangan Harta Intelek negeri, dasar-dasar, garis panduan dan proses-proses yang sesuai dengan piawaian nasional dan antarabangsa untuk pengenalpastian yang sistematik, perlindungan dan pengurusan Harta Intelek/Hak Harta Intelek Kerajaan Negeri
  • Untuk merancang secara berpusat, sumber, mengkoordinasi dan mengurus perkhidmatan am dan sumber-sumber seperti kewangan dan keperluan-keperluan untuk perlindungan Harta Intelek negeri dan pengurusan dalam perundingan dengan agensi-agensi kerajaan negeri, badan-badan dan pihak-pihak berkaitan
  • Untuk mempromosi dan menetapkan kerjasama dan program jangkauan di peringkat komuniti, negeri atau nasional
  • Untuk mengendalikan pusat sehenti Pejabat Harta Intelek Kerajaan Negeri untuk memberi khidmat nasihat dan membantu agensi-agensi kerajaan negeri berkaitan pendaftaran dan pembangunan Harta Intelek/Hak Harta Intelek Kerajaan Negeri
  • Untuk berhubung dengan pihak berkuasa negeri, nasional dan antarabangsa atau konsultan-konsultan yang berkaitan untuk memfail, mendokumentasi atau merasmikan pendaftaran dan pembangunan Harta Intelek/Hak Harta Intelak Kerajaan Negeri atau menyelesaikan perselisihan berkenaan harta intelek.
  • Untuk menganjurkan latihan, aktiviti kecekapan, seminar, bengkel atau forum perbincangan untuk mempromosi, membangun dan menyebar maklumat Harta Intelek, pengetahuan dan kemahiran untuk mengenalpasti, melindungi atau pengkomersialan Harta Intelek/Hak Harta Intelek Negeri kepada komuniti tempatan dan agensi-agensi kerajaan negeri
  • Untuk membangun dan mengekalkan garis panduan maklumat tentang Harta Intelek/Hak Harta Intelek Negeri dan menjalankan kajian, penyelidikan dan sukatan penilaian untuk mengenalpasti, melindungi dan mengurus Harta Intelek/Hak Harta Intelek negeri
  • Untuk memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada agensi-agensi kerajaan dan membimbing mereka dalam memahami subjek Harta Intelek serta meningkatkan keupayaan dan pengurusan rangka kerja Harta Intelek negeri dan prosedur-prosedur operasi
  • Untuk memberi maklumat rangka kerja rasmi harta intelek dan menyediakan khidmat nasihat undang-undang atau bantuan kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan perlindungan dan pengurusan Harta Intelek / Hak Harta Intelek negeri
 
|

Pautan ke Jabatan Ketua MenteriPautan ke Setiausaha Negeri SarawakPautan ke Kerajaan SarawakPautan ke Kerajaan MalaysiaPautan ke Laman MSC